Tiada tangkapan perokok setakat ini di Perak

1 Jan 2020 • 1:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

IPOH - Tiada sebarang tangkapan setakat ini membabitkan kesalahan merokok di premis makanan di Perak.

Tinjauan bersama Jabatan Kesihatan negeri di beberapa premis di sekitar bandar Meru Raya, Jelapang pagi tadi mendapati, kesemua pelanggan dan pengusaha mematuhi peraturan ditetapkan.

Pengusaha meletakkan tanda larangan merokok di premis masing-masing sementara tiada pelanggan yang merokok di kawasan premis terbuka.

Ketika tinjauan juga tiada orang awam yang merokok di luar jarak 3 meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis berkenaan.

Bermula hari ini, penguatkuasaan terhadap larangan merokok di premis makan terbuka di bawah Peraturan 11(1)(da) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dilaksana sepenuhnya dan notis perintah hadir ke mahkamah terhadap perokok akan dikeluarkan.

Kegagalan mematuhi peraturan berkenaan adalah satu kesalahan selain boleh didakwa di mahkamah dan dihukum denda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun, sekiranya sabit kesalahan.

image is not available
Tanda larangan merokok dipamer di salah sebuah kedai makan di sekitar bandar Meru Raya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved