“Qada lah solat yang selama ini ditinggalkan dengan sengaja” – Nora Danish

LocalEntertainment
31 Jan 2025 • 11:45 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular, Nora Danish menitipkan nasihat buat orang ramai supaya menggantikan semula solat yang pernah ditinggalkan dengan sengaja.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif di laman Threads, dia juga memberikan kaedah untuk membayar ‘hutang’ solat fardu yang pernah ditinggalkan sebelum ini.

Qada solat

image is not available

“Qada lah solat yang selama ini ditinggalkan dengan sengaja.

“Setiap selepas kita mendirikan solat fardu, kemudian kita sambung dengan solat Qada. Jika solat fardu subuh, kemudian qada solat subuh. Jika zuhur, kemudian gada zuhur. Begitulah sehingga kita meninggalkan dunia ini.

“Semoga ibadah kita diterima-Nya,” ujarnya.

Qada solat

image is not available

Netizen zahir ucapan terima kasih

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan itu yang telah mengingatkan mereka berkaitan ibadah solat.

image is not available image is not available

Kagum dengan penghijrahan Nora

Malah, ramai meluahkan rasa kagum dengan Nora yang tidak pernah berputus asa untuk menjadi muslimah yang lebih baik dengan mempelajari ilmu agama secara mendalam.

image is not available

Sebelum ini, Nora menjadi bualan netizen apabila dia tidak pernah lelah dalam mengingatkan anak-anaknya tentang kewajiban menunaikan solat lima waktu.

Katanya, dia enggan membiarkan kesemua anaknya melakukan kesilapan sama seperti masa silamnya dahulu dalam mengerjakan ibadah wajib.

image is not available

Sumber: Threads @Nora Danish