Qatar 2022: Tonton secara percuma majlis perasmian Piala Dunia FIFA di saluran ini

20 Nov 2022 • 6:21 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sambil menunggu pembentukan kerajaan baharu pasca PRU15, kita bolehlah mengalihkan perhatian sebentar daripada kancah politik kepada satu lagi acara besar yang bakal menaikkan tirainya iaitu kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung di Qatar pada 20 November 2022 ini.

Seperti yang kami laporkan tempoh hari, RTM adalah salah satu rakan penyiar kepada kejohanan ini. Rakyat Malaysia boleh menonton 41 daripada 64 perlawanan Qatar 2022 secara percuma. 27 daripada angka tersebut merupakan siaran langsung manakala bakinya adalah siaran tertunda.

Di laman rasmi RTM, mereka sudahpun menghebahkan tentang siaran langsung pertama Qatar 2022. Sungguhpun sepak mula perlawanan pertama antara tuan rumah Qatar dengan Ecuador adalah 12:00 tengah malam 21 November 2022, siaran langsung akan bermula 10:30 malam di TV2 dan TV Okey yang bermakna kita boleh menonton majlis pembukaannya.

image is not available

Mari tonton siaran langsung pembukaan Qatar 2022 untuk mendengar lagu rasmi Piala Dunia tahun ini berkumandang di Stadium Al Bayt. Hayya Hayya (Better Together) adalah lagu rasmi pertama yang menggabungkan tiga artis iaitu Trinidad Cardona (A.S), Davido (Nigeria), dan Aisha (Qatar).

View Original Article