Qatar nafi tahan tiga juruterbang Iran selepas tembak jatuh jet pejuang

16 Aug 2026 • 8:57 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Qatar nafi tahan tiga juruterbang Iran selepas tembak jatuh jet pejuang

DOHA: Doha menafikan dakwaan Teheran negara itu menahan tiga juruterbang Iran selepas dua jet pejuang ditembak oleh sistem pertahanan udara Qatar ketika operasi ketenteraan pada awal perang antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Iran sebelum ini menggesa pembebasan tiga juruterbang berkenaan yang didakwa ditahan Qatar selepas mereka melompat keluar dari jet masing-masing ketika misi tempur pada 2 Mac lalu.

Dalam surat kepada ketua Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Brigeder Jeneral Mohammad Bagherzadeh dari Iran mendakwa ketiga-tiga juruterbang itu, Javad Salehi, Abdul Majid Dashtian dan Imran Behroshian, telah ditahan selama enam bulan.

Beliau berkata, mayat seorang lagi juruterbang, Majid Kazemi, telah diserahkan kepada Iran selepas beliau terbunuh dalam operasi sama pada 2 Mac 2026, iaitu hari ketiga perang.

Bagherzadeh mendakwa tiga juruterbang itu ditangkap Qatar selepas mereka melompat keluar dari jet masing-masing ketika menjalankan misi tempur di sebuah pangkalan tentera Qatar.

Dalam surat kepada Ketua ICRC, Mirjana Spoljaric yang diterbitkan media Iran, beliau menuduh Qatar melanggar hak mutlak tahanan berkenaan serta undang-undang dan peraturan antarabangsa.

Surat itu turut mendakwa ketiga-tiga juruterbang berkenaan tidak dibenarkan bertemu atau menghubungi keluarga mereka.

Bagaimanapun, Qatar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyatakan pihaknya terkejut dengan kenyataan mengelirukan berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Mohammed Al Ansari berkata, pihaknya ada berusaha menghubungi juruterbang berkenaan selepas mereka melanggar ruang udara Qatar, namun tidak menerima sebarang maklum balas.

“Langkah yang perlu telah diambil untuk mempertahankan wilayah kami selaras dengan undang-undang antarabangsa,” katanya dalam kenyataan di X.

Majed Mohammed berkata, pasukan mencari dan menyelamat Qatar melaksanakan tugas mereka sepenuhnya dalam usaha mencari sisa atau mayat juruterbang terbabit.

Beliau berkata, Qatar turut menghubungi Iran bagi menyelaras penyerahan mayat salah seorang juruterbang yang ditemui, namun Teheran masih belum memberi maklum balas terhadap jemputan untuk meneliti butiran operasi mencari dan menyelamat berkenaan.

The post Qatar nafi tahan tiga juruterbang Iran selepas tembak jatuh jet pejuang appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved