Qistina Raisah Gaduh Lagi? Kali Ini Simbah Muka Member Dengan Air

LocalEntertainment
14 Oct 2024 • 8:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
qistina

Nama pelakon Qistina Raisah sekali lagi terpalit kontroversi apabila tular video memaparkan pergaduhannya bersama seorang rakan di parkir kereta.

Dalam video itu, mereka dilihat bersemuka dan berbincang sebelum Qistina bertindak menyimbah air ke muka, Arnie Shasha.

Kemudian, keadaan semakin tidak terkawal apabila masing-masing melakukan provokasi. Kes apa pula ni guys? Marketing ke?

Memetik laporan mStar, ibu yang merupakan pengurus kepada Qistina berkata pertemuan itu berlaku kerana ingin menyelesaikan salah faham.

Katanya, hubungan persahabatan dua remaja itu sudah lama bermasalah dan konflik bertambah buruk apabila Arnie memuat naik foto Qistina yang diconteng.

image is not available

Ibu Qistina, Roszana ada di tempat kejadian tetapi berada jauh untuk memberi peluang kepada dua remaja berkenaan berbincang secara baik.

Jadi, Roszana tidak dapat memastikan apa punca menyebabkan Qistina begitu marah dan bertindak di luar kawalan.

Namun, Roszana juga tidak bersetuju dengan tindakan Qistina yang disifatkan sebagai biadap.

Bagi saya tindakan itu biadap dan saya nasihatkan dia untuk banyak bersabar tetapi remaja berdarah muda ini, saya tak boleh halang dan apa dia cakap pun betul.. Sampai bila dia nak dibuli?

Katanya lagi, Qistina bukan seorang yang cepat melenting dan selalu bersabar serta tidak melawan. Menurutnya, Qistina dan Arnie sebelum ini berkawan rapat tetapi sudah lama tidak berjumpa disebabkan masing-masing sibuk.

Sebagai orang yang lebih dewasa, Roszana memohon Arnie menunjukkan contoh yang lebih baik dan berbincang masalah dengan elok-elok.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar