‘Alhamdulillah, Ainul tak perlu bantuan oksigen lagi'

16 Jun 2019 • 7:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

LONDON - Bayi istimewa, Ainul Mardhiah hari ini sudah boleh bernafas sendiri dan tidak memerlukan bantuan oksigen lagi.

Khabar gembira dan perkembangan terkini itu dikongsikan sendirinya bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dalam laman Facebooknya kira-kira sejam lalu.

“Alhamdulillah, Ainul sudah tidak perlukan bantuan oksigen. Sekarang Ainul boleh bernafas sendiri,” tulisnya.

Terdahulu, dalam status yang dimuat naik di laman Facebook miliknya semalam, Ahmad Safiuddin turut meluahkan perasaan bahawa selain pembedahan yang terlalu berisiko, ‘menerbangkan’ Ainul ke London juga merupakan salah satu risiko besar yang perlu ditempuhi anak tersayangnya itu.

Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell Tumor’ selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 200g di mulutnya di sebuah hospital di sini.

Pembedahan dilakukan sekumpulan pakar bedah dan anestetik diketuai oleh Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Doktor berasal dari Malaysia, Dr Amalina Che Bakri dan Dr Julian Ong turut terlibat dalam pembedahan berisiko tinggi itu.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved