Parrot Menghentikan Pengeluaran Dron Mambo Dan Swing – Menumpukan Kepada Penjualan Dron Anafi Sahaja

TechnologyDigital
22 Jul 2019 • 4:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Syarikat pengeluar dron dari Perancis ialah Parrot mengumumkan  akan mengurangkan jumlah dron yang dihasilkan oleh mereka. Tumpuan kini hanya diberikan kepada keluarga dron Parrot Anafi. Pengeluaran dron Mambo dan Swing telah dihentikan sebagai langkah penstrukturan semula syarikat.

image is not available

Pada tahun 2017, hampir 300 kakitangan telah diberhentikan kerja kerana kerugian pada perniagaan dron sektor pengguna. Selain hanya mengeluarkan dron Anafi, Parrot kini turut menumpukan perhatian kepada penjualan dron sektor komersil. Dron Mambo dan Swing dipasarkan di Malaysia kepada peminat dron bersaiz kecil jika dibandingkan dengan yang dihasilkan oleh DJI. P

Pasaran dron untuk sektor pengguna adalah amat kompetitif dengan DJI mendominasi pasaran. Tahun lalu GoPro terpaksa menghentikan pengeluaran dron kerana mengalami kerugian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved