Qodrat 2 tonjol sisi berbeza pembikinan filem seram

EntertainmentMovie
18 Apr 2025 • 4:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mohd Nazllie Zainul

SELEPAS melakar kejayaan di Indonesia kini perjuangan filem Qodrat 2 bakal disaksikan oleh penonton Malaysia di pawagam seluruh negara bermula 17 April menerusi kerjasama dengan Astro Shaw.

Qodrat 2 menjadi filem seram yang cukup besar di Indonesia kerana melibatkan beberapa produksi berpengaruh dalam proses pembikinannya seperti MAGMA Entertainment, Rapi Films, Legacy Pictures, Astro Shaw, Ideosource Entertainment, Virtuelines Entertainment, Caravan Studio dan Beacon Films.

Filem box office Indonesia berkenaan berjaya menerima 72,377 penonton pada hari pertama pembukaan tayangan iaitu hari raya pertama yang lalu menerusi lebih 400 pawagam.

Sehingga kini Qodrat 2 menerima melebihi 2 juta penonton.