Belanjawan 2020 – Rakyat Malaysia Berumur 18 Tahun Ke Atas Akan Menerima RM30 Untuk Merangsang Penggunaan Dompet Digital

TechnologyDigital
11 Oct 2019 • 4:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2020 hari ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas akan menerima wang sebanyak RM30 melalui dompet digital terpilih tidak lama lagi.

Menurut beliau, sebanyak RM450 juta akan diagihkan melalui Khazanah Nasional yang akan mengagihkan wang tersebut kepada sekitar 15 juta rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan kurang dari RM100 ribu setahun.

image is not available

 

Pengagihan dana ini dikatakan bukan sahaja untuk merangsang penggunaan dompet digital oleh pengguna, tetapi juga untuk menambah jumlah perniagaan yang menggunakan teknologi pembayaran nirtunai di Malaysia.

Buat masa ini, ia masih belum diketahui lagi dompet digital manakah yang akan digunakan untuk mengagihkan wang ini, dan terdapat kebarangkalian besar beberapa dompet digital yang popular di Malaysia akan didekati untuk mengagihkan wang tersebut.