Motorola Moto G generasi pertama dilancarkan pada tahun 2013 dengan tujuan menawarkan sebuah peranti kelas permulaan mampu milik yang baik. Pada waktu tersebut peranti kelas permulaan mempunyai reputasi buruk tidak berfungsi dengan lancar dan mempunyai kemampuan kamera yang tidak memuaskan. Selepas hampir tujuh tahun, peranti ini akhirnya mencecah angka jualan 100 juta.

