Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat

11 Dec 2019 • 11:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir dari beberapa kampung di Beaufort dan Membakut yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Selagon bertambah setakat jam 10 malam ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah dalam kenyataan menyatakan, 427 mangsa daripada 153 keluarga telah dipindahkan ke PPS berkenaan berbanding hanya 422 mangsa daripada 151 keluarga petang, hari ini.

PPS di Dewan Selagon, Beaufort dibuka jam 2.50 pagi semalam berikutan hujan berterusan sejak Isnin hingga mengakibatkan banjir melibatkan lebih 20 kampung di kedua-dua daerah itu terjejas.

Beberapa jalan menghubungkan kampung terbabit turut terjejas dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Setakat jam 8 malam ini, paras air Sungai Padas mencatatkan bacaan terkini 7.85 meter berada pada paras waspada, manakala paras air Sungai Membakut pula merekodkan bacaan terkini 6.5 berada pada paras amaran. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved