Qualcomm menerusi salah satu ciapan terkini di Twitter mengesahkan acara tahunan Snapdragon Summit seterusnya akan berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober akan datang. Kebiasaannya Qualcomm akan melancarkan cip terkini mereka pada acara ini yang mana Snapdragon 8 Gen 3 boleh menjadi antara cip yang mungkin diperkenalkan kelak.

Menguatkan lagi spekulasi ini apabila terdapatnya desas-desus tular sebelum ini yang mendakwa cip generasi baharu Qualcomm bakal tiba lebih awal berbanding biasa. Dalam pada itu, Qualcomm juga kebiasaannya akan hadir dengan cip realiti maya mahupun audio terkini dalam acara yang sama. Kita juga boleh menjangkakan terdapatnya beberapa produk prototaip yang mungkin diperlihatkan kelak.
Maklumat lebih lanjut mengenai cip-cip yang mungkini diperlihatkan akan dikongsi dalam masa terdekat.


