Qualcomm Menyasarkan Permintaan Telefon Berkurangan Untuk Pertengahan Pertama 2023

TechnologyDigital
3 Feb 2023 • 7:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Qualcomm Dunia

Sepanjang tahun 2022 lepas, kita sedia melihat pengguna mula kurang kerap bertukar telefon, sekaligus membawa kepada angka jualan telefon yang berkurangan berbanding tahun sebelumnya.

Disamping itu, terbaru Qualcomm turut menyasarkan yang mana jualan telefon pintar dan peranti berhubung pada pertengahan pertama 2023 ini turut mengalami penurunan. Ini juga akan memberikan impak terhadap permintaan kepada cip keluaran Qualcomm sendiri.

image is not available

Qualcomm sasar pengeluar telefon tidak akan mengeluarkan sebanyak mana telefon sebelum-sebelum ini, sehingga Jun 2023 kelak – kerana permintaan yang berkurangan. Walaupun begitu, Qualcomm masih mengatakan peranti-peranti baharu daripada pengeluar masih akan diperkenalkan seperti biasa.

Qualcomm tidak menyatakan sebab disebalik trend ini. Tetapi, pelbagai industri yang mengatakan kesan makro-ekonomi termasuk inflasi, serta pengangguran membawa kepada perubahan kaedah perbelanjaan, dan pengguna lebih berhati-hati dalam membeli sesuatu produk. Spesifikasi peranti yang kini memadai juga turut membuatkan pengguna tidak lagi perlu bertukar peranti dengan kerap berbanding sebelum-sebelum ini.