Qualcomm Perkenal Penjenamaan Untuk Cip Pemprosesan Komputer PC – Snapdragon X

TechnologyDigital
11 Oct 2023 • 6:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Qualcomm pada hari ini sedia terkenal dengan penawaran pelbagai cip pemprosesan untuk peranti mudah-alih mahupun peranti boleh-pakai dan lain-lain. Terbaru, hari ini Qualcomm secara rasminya mengumumkan penjenamaan untuk penawaran cip yang akan memfokuskan kepada komputer dan PC.

Siri cip ini dikenali dengan nama Snapdragon X. Qualcomm menyatakan Snapdragon X dibangunkan dengan pelbagai kepakaran mereka dalam pembangunan cip CPU, GPU dan juga NPU sehingga kini.

image is not available

Penggunaan nama Snapdragon X juga dijangka akan memudahkan pengguna mengenali cip berkenaan, apatah lagi jenama Snapdragon sedia dikenali ramai.

Qualcomm menyatakan mereka akan berkongsi lanjut berkenaan Snapdragon X pada Snapdragon Summit yang dijadualkan pada penghujung bulan Oktober 2023 ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved