Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 turut diumumkan bersama Snapdragon 8 Elite Gen 6 pagi ini dengan ia merupakan cip yang mempunyai prestasi lebih tinggi. Ia masih menggunakan teknologi 2nm yang meningkatkan prestasi serta pada waktu yang sama lebih cekap menggunakan kuasa berbanding Snapdragon 8 Elite Gen 5.

Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 menggunakan konfigurasi teras 2X teras CPU Prime Oryon dengan kelajuan sehingga 5.0GHz dan 6X teras CPU Performance Oryon dengan kelajuan sehingga 4.0GHz. Ini dipadankan pula dengan GPU terkini Adreno dilengkapi 18MB High Performance Memory (HPM) yang menurut Qulacomm menjimatkan penggunaan bateri sehingga 12% apabila menjalankan permua. Seperti Snapdragon 8 Elite Gen 6, Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 ialah cip yang terpantas di dunias kerana kelajuan CPU mencecah 5GHz.

NPU Qualcomm Hexagon baharu dipertingkatkan dengan penekanan kepada pemprosesan kecerdasan buatan (AI) terus pada peranti dan menyediakan pengguna untuk memasuki era AI berejen. Qualcomm mengatakan peranti dengan Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 mengingati tabiat pengguna, gaya penulisan, gaya suntingan dan menjalan model AI dengan 30B+ parameter.

Dari segi prestasi CPU kini 13% lebih tinggi, GPU 44% lebih berkuasa, dan NPU pula 35% lebih baik. CPU juga 37% lebih jimat menggunakan kuasa, GPU 40% lebih cekap dan NPU pula mencatatkan kecekapan 33% lebih baik.

Kamera sehingga 108MP disokong atau trikamera 64MP tanpa masa pendam pada pengatup. ISP Qualcomm Spectra terkini ini membolehkan rakaman video sehingga 8K 60FPS dan 4K 240PFS pertama pada sebuah telefon pintar. Rakaman video HDR,16-bit LOFIC, DCG+VS, dan DCG turut disokong bersama dengan codec APV.

Modem Qualcomm X105 5G yang digunakan menyokong kelajuan muat turun sehingga 14.8 GB. Sementara itu sokongan skrin 4K 120Hz atau QHD+ 240Hz, memori sehingga 24GB RAM LPDDR6, storan UFS 5.0, USB 3.1 Gen 2; audio XPAN dan pengecasan Qualcomm Quick Charge 5.


Cip ini disahkan akan digunakan oleh Honor, iQOO, Motorola, Nubia, OnePlus, OPPO, REDMI, RedMagic, Samsung, vivo, Xiaomi dan ZTE pada peranti mercu yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.


