Qualcomm Snapdragon XR2 Gen 2 Dan AR1 Gen 1 Diumumkan Khusus Untuk Peranti XR Serta AR

TechnologyDigital
28 Sep 2023 • 12:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pelancaran Meta Quest 3 dan cermin mata pintar Ray-Ban Meta generasi kedua pagi ini, Qualcomm turut mengumumkan dua lagi cip baharu dalam portfolio mereka. Dua cip yang Qualcomm Snapdragon XR2 Gen 2 dan Snapdragon AR1 Gen 1 adalah direka khusus untuk set kepala XR dan juga peranti boleh-pakai AR.

image is not available

Snapdragon XR2 Gen 2 membawakan peningkatan 2.5X lebih tinggi pada GPU berbanding Snapadragon XR2 Gen 1 yang dilancarkan pada 2019 serta digunakan pada Meta Quest 2. Selain itu ia boleh membawakan mod tembus dengan masa pendam hanya 12ms. Selain itu ia juga boleh menyokong lebih banyak sensor serta sistem kamera, WiFi 7 dan GPU yang memberikan penjimatan tenaga sehingga 50% berbanding generasi terdahulu.

image is not available

Sementara itu Snapdragon AR1 Gen 1 ialah cip khusus untuk cermin mata pintar yang tidak memerlukan kuasa yang tinggi. Ia boleh mengambil gambar pada resolusi maksimum 12MP dan video pula 6MP. Ia turut boleh menyokong paparan terbina pada cermin mata pintar sehingga 1280×1290 pixel. Akhir sekali ia juga mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menyokong sistem AI yang diperlukan pada cermin mata pintar moden.