Qube tampilkan Riang Ria Fest sebagai tarikan keluarga hujung tahun

27 Oct 2026 • 7:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Qube tampilkan Riang Ria Fest sebagai tarikan keluarga hujung tahun
Jessie (tiga dari kanan) bersama barisan tetamu kehormat
Image from: Qube tampilkan Riang Ria Fest sebagai tarikan keluarga hujung tahun
Jessie berucap pada Majlis Pelancaran Awal Riang Ria Fest 2026 - All Got Lah!
Image from: Qube tampilkan Riang Ria Fest sebagai tarikan keluarga hujung tahun
Persembahan alat muzik bagpipe oleh Pancaragam Kadet Laut St. John’s Institution semasa majlis pelancaran Awal Riang Ria Fest 2026 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 27 Oktober 2026.

SHAH ALAM – Que Integrated Malaysia menyasarkan Riang Ria Fest 2026 – All Got Lah! yang akan berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 4 hingga 6 Disember depan menjadi pilihan aktiviti seisi keluarga sempena cuti akhir persekolahan.

Pengarah Urusan Qube Integrated Malaysia, Jessie Tan berkata, penganjuran pesta itu turut bertujuan menyokong pelancongan domestik dan merancakkan ekonomi tempatan.

**media[3691236]**

“Kuala Lumpur menerima lebih 23 juta pengunjung tahun lalu manakala penghujung tahun merupakan tempoh apabila ramai keluarga merancang percutian mereka.

“Kami berharap Riang Ria Fest dapat memberikan satu lagi sebab kepada penduduk Lembah Klang dan pengunjung dari negeri-negeri lain untuk berkunjung ke Kuala Lumpur, sekali gus menyokong sektor perhotelan, premis makanan, pengusaha pengangkutan dan perniagaan tempatan,” katanya dalam Majlis Pelancaran Awal Riang Ria Fest 2026 – All Got Lah! pada Selasa.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Faizal Mahmod; Pengerusi Yayasan Amanah Industri Kreatif Kebangsaan (YAIKK), Zulkifli Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Khairil Faizal Othman.

**media[3691238]**

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Urusan Qube Integrated Malaysia, Alicia Thong; Ketua Pegawai Eksekutif MITEC, Mala Dorasamy; wakil penganjur KeciMeow Market, Kok Wai Hien; Pengurus Pembangunan Perniagaan Biolyn, Shawn Lim serta penaja, wakil komuniti, pencipta kandungan dan pengamal media.

Lima rakan kerjasama pertama yang diumumkan ialah YAIKK sebagai Rakan Rasmi Pesta Muzik, MITEC sebagai Rakan Lokasi Strategik, Menara Kuala Lumpur sebagai Sahabat Riang Ria, KeciMeow Market sebagai Rakan Rasmi Bazar Haiwan Peliharaan dan Biolyn sebagai Rakan Sokongan.

Antara tarikan utama pesta selama tiga hari itu ialah bazar haiwan peliharaan, zoo interaktif, bengkel muzik dan persembahan bakat muda Malaysia, aktiviti bersama Menara Kuala Lumpur, bengkel kanak-kanak serta tawaran beli-belah hujung tahun.

Mengulas lanjut, Jessie berkata, keluarga di Malaysia sering tertanya-tanya ke mana hendak pergi semasa cuti sekolah setiap kali menjelang hujung tahun.

“Ibu bapa mahukan aktiviti yang menyeronokkan, bermanfaat dan boleh dinikmati oleh seisi keluarga tanpa membebankan perbelanjaan.

“Riang Ria Fest menawarkan pilihan tersebut iaitu sebuah destinasi untuk keluarga dan orang ramai berseronok, belajar, membeli-belah dan meluangkan masa bersama,” ujarnya lagi.

Jessie berkata, Qube yang berpengalaman luas dalam penganjuran pameran perdagangan, acara perniagaan dan persidangan menganjurkan Riang Ria Fest sebagai pesta pertama syarikat itu untuk keluarga dan orang ramai.

Tambah beliau, pesta berkenaan turut mengutamakan semangat kemasyarakatan menerusi usaha mendekati komuniti perumahan di seluruh Lembah Klang serta menyokong inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Gift of Joy oleh MITEC.

Inisiatif itu menggalakkan orang ramai menyumbangkan mainan baharu atau terpakai yang masih elok kepada kanak-kanak dari rumah kebajikan terpilih yang akan turut mengunjungi pesta berkenaan pada Disember ini.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved