Qunut Nazilah bukan serangan politik, tak salah dibaca – Dr Aleef

LocalPolitics
31 Jul 2025 • 10:54 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan membaca Qunut Nazilah dalam solat bukanlah satu serangan politik dan tidak salah diamalkan, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof.

Beliau mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan peserta perhimpunan Turun Anwar yang membaca Qunut Nazilah sebagai senjata orang Islam.

“Tiada salahnya membaca doa itu dan saya mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan peserta perhimpunan Turun Anwar membaca doa Qunut Nazilah sebagai senjata orang Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

image is not available

Qunut Nazilah bukan serangan politik

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap sikap dua tokoh agama iaitu Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh dan Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil yang didakwa membisu ketika Islam dipersenda, namun lantang apabila isu Qunut Nazilah dibangkitkan.

“Saya menyelar sikap mufti yang diam membisu apabila surau dipersenda dengan program hiburan, tetapi lantang meminta pihak yang membaca Qunut Nazilah untuk meminta maaf. Adakah sebab ianya dibaca oleh pemimpin Pas?
“Dr Akmal pula tak perlulah terasa, tapi kalau dah seperti cacing kepanasan maka kamu sendiri seolah-olah membenarkan dan bersetuju yang pihak kerajaan ini zalim kepada rakyat,” katanya lagi.

image is not available

Beliau merujuk kepada penganjuran satu program kerajaan negeri di hadapan Surau Warisan Dunia, Banda Hilir yang ditutup bagi kerja naik taraf pada 5 Julai lalu.

Menurut Dr Aleef, kerajaan juga diingatkan agar tidak mempolitikkan isu doa dengan menuduh pembacanya bersalah, sedangkan doa itu tidak ditujukan secara jelas kepada sesiapa.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh mengecam tindakan segelintir pihak yang membaca doa Qunut Nazilah bagi mendoakan kehancuran sesama umat Islam, menyifatkannya sebagai bercanggah dengan ajaran agama.

image is not available

Malah, tindakan mendoakan kebinasaan terhadap pemimpin Islam dan menyamakan mereka dengan haiwan hanyalah melambangkan kematangan politik yang cetek dan tidak bertanggungjawab.

Sumber: Malaysia Gazette(Reza A Hamid)