Cuaca buruk di Terengganu, Pahang sehingga Ahad ini

22 Nov 2019 • 5:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di sekitar Kemaman, Terengganu serta Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran waspada iaitu hujan lebat yang dijangka berlaku sehingga Ahad di Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun, di Terengganu serta di Mersing, Johor.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Zuraini Mohd Yusof ketika dihubungi berkata, pusat tersebut akan mengumpul maklumat daripada kawasan dilanda banjir untuk dikemaskini di portal NDCC setiap empat jam sekali bagi memberi maklumat kepada orang awam.

"Pusat akan berfungsi 24 jam, tujuh hari seminggu bagi memantau keadaan cuaca dan sekiranya ada banjir yang berlaku," katanya. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved