Xiaomi Mi 9T Pro Kini Rasmi – Hadir Dengan Skrin AMOLED, Swafoto Pop-Naik, Kamera 48MP

TechnologyDigital
20 Aug 2019 • 8:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi hari ini secara rasminya telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Xiaomi Mi 9T Pro. Untuk makluman, peranti ini adalah variasi Redmi K20 Pro yang dipasarkan untuk pasaran global.

image is not available

Xiaomi Mi 9T Pro hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED, dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin, dijana cip Snapdragon 855, dan menawarkan pilihan memori sehingga 8GB RAM serta storan sehingga 256GB.

Peranti ini menggunakan tri-kamera belakang, dengan kamera utama 48-megapixel, kamera 13-megapixel untuk rakaman ultra-lebar, dan kamera 8-megapixel untuk telefoto. Untuk kamera hadapan, ia diletakkan pada bahagian pop-naik dan mampu merakamkan gambar 20-megapixel.

image is not available

Telefon pintar ini hadir dengan bateri 4000mAh, dilengkapi sokongan dwi-SIM, dan dijana sistem operasi MIUI10 berasaskan Android 9 Pie.

Buat masa ini, pihak Xiaomi Malaysia masih belum mengumumkan penawaran telefon pintar ini secara rasminya. Mungkin kita akan mendengar lanjut daripada mereka dalam masa terdekat ini.