Belanjawan 2020: RM8 bilion bantu institusi, usahawan bumiputera

Business & Finance
11 Oct 2019 • 8:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Kerajaan menambah peruntukan bagi membantu institusi dan usahawan Bumiputera menerusi Belanjawan 2020 selaras dengan tema belanjawan itu iaitu ‘Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jumlah peruntukan itu ditambah kepada RM8 bilion dalam Belanjawan 2020 berbanding RM7.6 bilion 2019.

Menurutnya, jumlah itu meliputi peruntukan sebanyak RM6.6 bilion kepada institusi Bumiputera yang fokus dalam pendidikan seperti Universiti Teknologi MARA dan Yayasan Peneraju.

"RM1 bilion pula bagi membantu pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dan SME Bank.

“Sebanyak RM445 juta diperuntukkan untuk program keusahawanan di bawah TEKUN Nasional, SMECorp, PUNB, PHB dan TERAJU,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved