Dua tahun yang lalu Malaysia ialah negara ketiga dengan jumlah pengguna yang menstrim Netflix pada peranti mudah alih. Kita hanya di belakang India dan Filipina. Menurut Netflix pengguna di Malaysia menstrim kandungan mereka pada peranti mudah alih dua kali ganda lebih lama berbanding purata global. Menyedari hakikat ini pelan khusus hanya untuk peranti mudah alih dilancarkan di Malaysia hari ini.

Pelanggan akan dapat menstrim Netflix hanya pada satu peranti mudah alih dengan resolusi SD sahaja. Tiada sokongan untuk melontar kandungan ke televisyen pintar atau Chromecast. Akaun juga tidak boleh digunakan pada televisyen pintar atau konsol permainan video. Untuk terma dan syarat lengkap sila ke laman Netflix hari ini,

