PayPal Dilaporkan Tidak Lagi Menyokong Kriptowang Libra Oleh Facebook

TechnologyDigital
6 Oct 2019 • 11:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kriptowang Libra diumumkan oleh Facebook pada Jun lalu sebagai matawang atas talian yang akan akan digunakan oleh berbilion pengguna. Ketika diumumkan ia menerima sokongan pelbagai platform atas talian seperti Visa, MasterCard, PayPal, Uber, Spotify, eBay dan Coinbase. Menurut laporan The Verg, PatPal walau bagaimanapun telah menarik semula sokongan ke atas Libra.

image is not available
Tiada sebab diberikan mengapa PayPal yang merupakan antara rakan pengasas Libra menarik sokongan mereka. Sungguhpun begitu PayPal berkata mereka akan menyokong aspirasi Libra dan tidak menutup kemungkinan akan kembali bekerjasama semula di masa hadapan.

Libra akan hanya dilancarkan pada tahun 2020 tetapi telahpun menerima banyak bantahan dan pengawasan dari pelbagai badan kewangan pelbagai negara. Antara kerisauan yang dizahirkan ialah berkenaan privasi pengguna Libara serta kebarangkalian ia digunakan untuk pengubahan wang haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved