Covid-19: Tiada penutupan klinik kesihatan di Seremban

14 Mar 2020 • 9:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SEREMBAN - Tiada klinik kesihatan ditutup di sekitar Seremban disebabkan kes koronavirus (Covid-19) seperti ditularkan di media sosial Facebook dan WhatsApp sejak Khamis lalu, kata Pemangku Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Mohammad Faid Abd Rashid.

Beliau menjelaskan semua klinik kesihatan di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun katanya, terdapat klinik kesihatan di sekitar Seremban terlibat dengan aktiviti persampelan bagi penyakit yang disyaki Covid-19.

“Aktiviti disinfeksi adalah amalan rutin yang dijalankan di semua fasiliti kesihatan untuk mencegah jangkitan silang kepada pesakit lain dan anggota kesihatan.

“Aktiviti disinfeksi biasanya dijalankan selepas waktu operasi klinik kesihatan. Justeru semua klinik kesihatan di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Dr Mohammad Faid meminta semua lapisan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak benar yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved