Aperture Adapter Mount Format Meletakkan ND Filter Di Dalam Tubuh Kamera Nircermin

Digital
16 Jul 2019 • 3:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sekiranya anda meminati bidang fotografi, anda pasti tahu kelengkapan yang perlu dibeli memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Lensa baharu boleh mencecah harga ribuan ringgit. Kemudian penuras ND (Neutral Density Filter) berasingan perlu dibeli untuk setiap lensa kerana saiz yang berbeza. Aurora Aperture ingin meringkaskan proses penggunaan penuras menerusi sistem Aperture Adapter Mount Format (ADMF) mereka.

ADMF dipasang di penyesuai cagak lensa untuk kamera nircermin dan bukannya di hadapan lensa kamera. Dengan ADMF, hanya satu set penuras ND boleh digunakan untuk pelbagai lensa. Set mengandungi 12 penuras yang terdiri daripada penuras PowerND, PowerGND, PowerUV dan PowerDusk. Cagak penyesuai yang disokong pula ialah Canon EF-EOS R,  Nikon FTZ, Sigma MC-11 untuk Sony E dan Sigma MC-21 untuk L mount. Kesemua penuras ADMF dijual pada harga bermula $44.

image is not available