RACE – Dron Pertanian Swapandu Pertama Keluaran Malaysia Dilancarkan

TechnologyDigital
26 Sep 2023 • 11:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meraque Group telah melancarkan kenderaan pertanian swapandu pertama Robotic Agro in Complex Environment (RACE) yang merupakan pertama keluaran Malaysia minggu lalu. Robot dengan runut ini boleh melakukan tugasan di ladang secara automatik tanpa campur tangan manusia.

image is not available

Ia boleh melakukan tugasan semburan di ladang dengan jarak sehingga 12 meter, tangki cecair 500 liter dan mendaki permukaan cerun sehingga 30 darjah. Menurut Meraque ciri lain pada RACE ialah kawalan mobiliti dengan kecerdasan buatan (AI), penghantaran data masa nyata jarak jauh, (LoRa), pengesanan cahaya dan sistem (LiDAR)

Mereka uga telah memperoleh paten dan penjenamaan menggabungkan teknologi LoRA Real-Time Kinematic’ RTK , teknologi swarm dan semburan pintar dalam sistem RACE. RACE dicipta untuk mengurangkan pergantungan kepada tenaga buruh dan meningkatkan ketekalan penyemburan baja di pelbagai kawasan tanaman dan ladang pertanian, bukan hanya untuk kegunaan di ladang kelapa sawit.

image is not available

Menjelang 2025, Meraque berhasrat untuk menjadi antara 10 syarikat automasi robotik pertanian terbesar di seluruh dunia. Tahun lalu prototaip RACE telah diperlihatkan di acara Ekspo & Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES). Meraque juga terlibat dalam penghasilan kit dron bagi mencungkil bakat pengendali dron tempatan.