Radio Zayan Ajak Keluarga Muslim Tunai Solat Sunat Hajat Susulan Bencana Gempa Bumi Di Turkiye Dan Syria 

24 Feb 2023 • 1:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
‘Zayan Rehlah’ akan dihadiri personaliti-personaliti ZAYAN termasuk Mawi, Anas dan FBI (ZAYAN Pagi), Hazwan dan Hadhari (H&H di ZAYAN), serta penyanyi-penyanyi lagu nasyid tempatan. - Gambar Radio Zayan

Tragedi gempa bumi yang melanda Turkiye, Syria serta negara lain yang berkaitan telah mengorban nyawa ramai saudara Islam. Bahkan, ia juga menyebabkan segelintir saudara Islam yang terselamat daripada bencana alam ini kehilangan tempat tinggal, harta benda dan orang yang tersayang. 

Prihatin dengan apa yang dialami mereka ini, radio Zayan dan Persatuan Munsyid Malaysia bakal mengadakan Solat Sunat Hajat dan bacaan Doa Selamat menerusi ‘Zayan Rehlah’ di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada malam ini, bermula jam 7 malam. 

Penganjuran ‘Zayan Rehlah’ adalah untuk memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar diberikan perlindungan dan kesejahteraan susulan bencana gempa bumi yang berlaku di negara-negara terbabit. 

Semua keluarga Muslim dijemput hadir dan hadirin juga berkesempatan untuk mendengar tazkirah daripada Ustaz Ashraf Suarin, penceramah dan pendakwah, serta menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

Selain itu, ‘Zayan Rehlah’ akan dihadiri oleh personaliti-personaliti ZAYAN termasuk Mawi, Anas dan FBI (ZAYAN Pagi), Hazwan dan Hadhari (H&H di ZAYAN), serta penyanyi-penyanyi lagu nasyid tempatan. – Getaran, 24 Februari 2023