Radzi, Azmin digugurkan daripada jawatan dalam PN

LocalPolitics
18 Jun 2026 • 12:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Radzi, Azmin digugurkan daripada jawatan dalam PN
Azmin dan Radzi

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dihentikan perkhidmatan sebagai ketua pengarah pilihan raya parti itu berkuat kuasa serta-merta. 

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jawatan itu kini diganti oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor. 

"Jawatan bendahari PN yang dipegang Muhammad Sanusi digantikan oleh Timbalan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), S Subramaniam. 

"Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah diberhentikan perkhidmatan, bagi memenuhi kehendak Perlembagaan PN," katanya dalam kenyataan pada Rabu. 

Ahmad Samsuri berkata, penstrukturan semula pentadbiran gabungan itu adalah bertujuan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan. 

"Perkara itu berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Fasal 8.3 (V), (VI), dan (VII) Perlembagaan PN. 

"Suatu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuh organisasi itu," katanya lagi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu di ambang kehancuran, Muhyiddin gagal uruskan konflik dengan Pas - Wan Ahmad Fayhsal