Radzi Jidin dahului Ku Nan di Putrajaya

Politics
19 Nov 2022 • 10:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Radzi

PUTRAJAYA - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mendahului undi di Parlimen Putrajaya dengan majoriti 830 undi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Mohd Radzi mendapat 4,375 undi berbanding penyandangnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) 3,545 undi.

Calon PH, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz mendapat 1,556 undi manakala calon Pejuang, Datuk Mohd Rosli Ramli mendapat 247 undi.

Dua calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi mendapat tujuh undi dan Lim Fice Bee pula tiga undi.

Putrajaya sebelum ini dimiliki oleh Tengku Adnan selama empat penggal berturut-turut sejak 18 tahun yang lalu.