“Raf Dan Mawar Dah Besar Panjang..” – Fazley Yaakob Tepis Spekulasi Keluarga Adiknya Retak, Yakin Sentiasa Sokong Mereka

31 Oct 2023 • 11:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak mahu menimbulkan spekulasi lagi, Datuk Fazley Yaakob yang merupakan cef selebriti dan penyanyi, menafikan dakwaan rumah tangga adiknya bersama isteri telah retak.

Fazley akui dalam rumah tangga mesti ada naik turunnya. Namun, keluarga Raf adiknya, sedang berada dalam keadaan yang baik-baik saja menurutnya. Dia juga yakin adiknya akan cerita kepadanya jika ada sebarang masalah.

Raf dan Mawar dah besar panjang. Tapi Abang Long tetap ada jika kalian perlu nasihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Tambahnya lagi, soal kontroversi adik iparnya membuka tudung itu tidak ada kena mengena dengannya. Cef ini percaya itu merupakan hak dan pilihan peribadi. Dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Mawar.

Bukan itu sahaja, Fazley menegaskan dirinya akan sentiasa berada di belakang mereka menyokong walau apa pun yang berlaku. Meskipun sekarang dia tidak berjumpa dengan Mawar untuk memberikan pelakon itu masa dan ruang, namun tidak bermaksud dia tidak kisah.

Baginya, yang penting jika dalam sebuah keluarga ada pergolakkan, tunggu dan lihat sahaja disamping mendoakan dari jauh.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

"Mana Hati Berperikemanusiaan.." - Mawar Rashid Menangis Tersedu-Sedu Di Instagram, Terkenang Nasib Sedara Palestin