Rafah akan ditakluk sebelum puasa, PM Israel kata akan sediakan ‘laluan selamat’ buat rakyat Palestin

12 Feb 2024 • 12:12 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Walaupun desakan masyarakat dunia supaya Israel melakukan gencatan senjata, namun dilihat sia-sia apabila mereka terus menerus melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Menerusi satu perkongsian di jaringan X, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan akan menakluk seluruh Rafah menjelang permulaan Bulan Ramadan.

“Ini susulan tekanan antarabangsa yang memaksa PM Israel mengarahkan Ketua Turus IDF, Leftenan Jeneral Herzi Halevi melajukan operasi ketenteraan IDF ke Rafah dan menyerang Rafah dalam masa terdekat

“Serangan ini merupakan usaha menakluk seluruh Gaza dan memusnahkan saki baki anggota Briged Al Qassam. PM Israel Benjamin Netanyahu memaklumkan mereka mempunyai masa sebulan sahaja untuk memulakan dan menamatkan operasi di Rafah susulan tekanan US dan antarabangsa,” tulisnya.

Bagaimanapun, Netanyahu, dikatakan akan merangka rancangan bagi menjanjikan laluan selamat kepada orang awam yang dipindahkan ke selatan Rafah berikutan ancaman pencerobohan Israel ke bandar itu.

Rafah menjadi pusat penempatan penduduk kawasan selamat terakhir di Gaza. Kawasan tersebut dikatakan belum dicerobohi oleh tentera.

Netanyahu berkata kemenangan ke atas Hamas tidak boleh dicapai tanpa batalion di Rafah dan mengarahkan tenteranya bersiap sedia untuk operasi itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved