
BUNGA terbesar di dunia, Rafflesia, mekar sekali lagi di Kebun Tropika Poring.
Spesies Rafflesia keithii bersaiz 78cm ini, antara spesies paling jarang, direkodkan mekar pada Selasa (17 Sept).
Mengikut laman Facebook Taman-Taman Sabah, tumbuhan ini mempunyai enam kelopak dan mereka yang ingin melihatnya boleh berbuat demikian sehingga 21 Sept sebelum ia mula layu.
Mereka boleh melihat bunga ini di Kebun Tropika Poring, Mata Air Panas Poring, Taman Kinabalu.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Gambar dan maklumat pemekaran ini direkodkan oleh kakitangan Taman-Taman Sabah, Albosius Jihin.
Rafflesia juga dikenali sebagai tumbuhan mati atau bunga mayat kerana ia tidak mengeluarkan bau wangi tetapi bau hanyir, seperti dihidu sesetengah orang.
Hanya terdapat tiga spesies bunga Rafflesia di Sabah iaitu Rafflesia keithii, Rafflesia pricei dan Rafflesia tengku-adlinii.
Keithii biasanya ditemui di tanah pamah, manakala pricei boleh ditemui di kawasan tanah tinggi seperti di sepanjang jalan Tambunan-Kota Kinabalu, daerah Keningau dan Tenom, manakala Rafflesia tengku-adlinii boleh ditemui di Lembangan Maliau dan Gunung Trusmadi.
Rafflesia adalah tumbuhan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

