
Isu Kampung Sungai Baru semakin panas apabila aktivis Rafidah Ibrahim sendiri bersuara selepas titah Sultan Selangor mengenai isu tersebut.
Dalam satu video di Instagram, Rafidah yang juga anak jati kampung itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada baginda kerana memberi sokongan kepada penduduk.
Rafidah Ibrahim beri ucapan tegas buat semua
Daulat Tuanku, patik anak jati Kampung Sungai Baru, Kampung Baru dan penduduk kampung ini ingin mengucapkan terima kasih atas penjelasan dan sokongan daripada pihak tuanku.
Rafidah turut menyebut bahawa Datuk Seri Johari Ghani sendiri sudah mengakui kewujudan gazeet 1550 bertarikh 16 Februari 1932 yang mengesahkan Kampung Sungai Baru berada di bawah rizab MAS.
Beliau kemudian meluahkan rasa tidak puas hati dengan pemaju asing. Rafidah turut menyatakan penduduk Kampung Sungai Baru akan mengambil tindakan selepas peroleh kemenangan.
Pssttt! Semoga ada penyelesaian yang wajar untuk isu ini. Apa-apa pun, bila soal tanah dan warisan dibangkitkan, ia bukan sekadar pembangunan semata-mata.
Kredit: Instagram Rafidah Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.

