Rafidah Ibrahim Dan Suami Dibebaskan Dengan Jaminan Polis, Siasatan Masih Berjalan

LocalPolitics
1 Dec 2025 • 6:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Empat individu termasuk selebriti dan aktivis, Rafidah Ibrahim, yang ditahan kerana didakwa cuba mencetuskan kekecohan semasa Majlis Pecah Tanah Kampung Sungai Baru, telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata penahanan itu dibuat mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan sebarang insiden yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Advertisement

View this post on Instagram

Kita sudah beri jaminan semalam. Penahanan dibuat kerana kita tidak mahu berlaku apa-apa kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan.

Kadang-kadang bila sesuatu sudah berlaku barulah mahu bertindak, dan ketika itu mungkin sudah terlambat,” katanya ketika ditemui pada satu program di IPK Kuala Lumpur.

Beliau menjelaskan tindakan itu diambil selepas polis menerima risikan dan maklumat awal mengenai kemungkinan wujud ancaman terhadap ketenteraman awam sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Apa sahaja program dalam negara, keselamatan awam tetap menjadi keutamaan.

Jika ada maklumat yang memberi kesan negatif kepada keselamatan, saya tidak akan berkompromi. Polis akan ambil tindakan pencegahan.

Video Rafidah Ibrahim Dan Suami Digari Polis Di Kampung Sungai Baru, Jeritan Pekik Jadi Tumpuan Netizen

Walaupun keempat-empat individu sudah dibebaskan, siasatan lanjut masih diteruskan.

Penahanan mereka dibuat sekitar 8.50 pagi semalam, susulan maklumat mengenai perhimpunan yang dijadualkan pada pukul 8 pagi di lokasi majlis.

image is not available
image is not available

Kesemua suspek dua lelaki dan dua wanita tempatan berusia 39 hingga 47 tahun turut didakwa memuat naik seruan di TikTok pada 28 November lalu, mengajak orang ramai turun berprotes di majlis berkenaan menggunakan tajuk Majlis Pecah Tanah Kampung Sungai Baru. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-01 10:11:23

Video Rafidah Ibrahim Dan Suami Digari Polis Di Kampung Sungai Baru, Jeritan Pekik Jadi Tumpuan Netizen

The post Rafidah Ibrahim Dan Suami Dibebaskan Dengan Jaminan Polis, Siasatan Masih Berjalan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.