
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli bakal membuka kedai serbaneka dan kedai makan di bawah inisiatif utama Ayuh Malaysia pada 1 November dan 8 November ini.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Rafizi berkata kedai serbaneka yang diberi nama Fleximart itu akan memberi tumpuan kepada makanan siap (ready to eat) di bawah RM5 dengan berangan runcit yang lain pada harga rendah.
Katanya, kedai makan iaitu Kesum pula akan menjual makanan sarapan, tengahari dan malam pada harga di bawah RM5.
“Kesum adalah sebuah kedai makan value-meal atas konsep ‘asal Kenyang, Sedap dan Murah’ bersempena daun kesum dan singkatan kepada kenyang, sedap dan murah,” katanya
Kedua-dua kedai guna konsep perusahan sosial
Menurutnya, kedua-dua kedai ini menggunakan konsep perusahan sosial, iaitu perkongsian di antara penyumbang modal dan pekerja.
Jelas bekas Menteri Ekonomi itu, keuntungan akan dikongsi bersama di antara penyumbang modal, pekerja dan orang ramai.
“Lebih untung, lebih tinggi gaji pekerja dan keuntungan itu disumbangkan balik supaya harga dapat dikekalkan rendah. Saya tidak tahu sama ada model yang julung kalinya dibuat untuk kedai-kedai ini akan berjaya,” katanya.
Rafizi nak buka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda
Menurutnya lagi, niat beliau melakukan inisiatif ini adalah untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda dan membantu orang ramai dengan menawarkan makanan dan barangan pada harga yang lebih murah.
“Jika dua eksperimen sosial ini berjaya, kami ada peluang yang lebih baik untuk mengembangkannya kepada lebih banyak cawangan.
“Lebih banyak cawangan dibuka, lebih banyak tawaran harga yang lebih rendah dan lebih banyak anak muda dilatih memiliki dan mengendalikan perniagaan sendiri,” katanya lagi.
Beliau turut menjemput orang ramai untuk hadir ke pembukaan Fleximart pada Sabtu ini (1 November) pada jam 10 pagi di alamat 35, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam.
Kesum pula akan dibuka pada 8 November hadapan pada jam 9 pagi di alamat 25, Jalan Pandan Indah 1/20, Jalan Pandan Indah.
“Insya-Allah saya akan buat kopi, sediakan makanan dan menjadi sebahagian dari krew Fleximart dan Kesum pada hari itu,” ujarnya.
@rafiziramli 𝗙𝗟𝗘𝗫𝗜𝗠𝗔𝗥𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠 Dua inisiatif utama Ayuh Malaysia akan buka pintu kepada orang ramai pada 1 November dan 8 November ini. Fleximart adalah sebuah kedai serbaneka yang memberi tumpuan kepada makanan siap di bawah RM5 dengan barangan runcit yang lain pada harga yang rendah. Kesum adalah sebuah kedai makan value-meal atas konsep “asal Kenyang, Sedap dan Murah” bersempena daun kesum dan singkatan kepada kenyang, sedap dan murah. Kesum akan menjual makanan sarapan, tengahari dan malam pada harga di bawah RM5. Kedua-dua kedai ini menggunakan konsep perusahaan sosial, iaitu perkongsian di antara penyumbang modal dan pekerja. Keuntungan akan dikongsi bersama di antara penyumbang modal, pekerja dan orang ramai. Lebih untung, lebih tinggi gaji pekerja dan keuntungan itu disumbangkan balik supaya harga dapat dikekalkan rendah. Saya tidak tahu sama ada model yang julung kalinya dibuat untuk kedai-kedai ini akan berjaya. Niat saya ialah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda dan membantu orang ramai dengan menawarkan makanan dan barangan pada harga yang lebih murah. Jika dua eksperimen sosial ini berjaya, kami ada peluang yang lebih baik untuk mengembangkannya kepada lebih banyak cawangan. Lebih banyak cawangan dibuka, lebih banyak tawaran harga yang lebih rendah dan lebih banyak anak muda dilatih memiliki dan mengendalikan perniagaan sendiri. Saya jemput orang ramai untuk hadir ke pembukaan Fleximart pada hari Sabtu, 1 November 2025 jam 10 pagi di alamat 35, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam (sederet dengan Speedmart). Kesum akan dibuka pada 8 November 2025 jam 9 pagi di alamat 25, Jalan Pandan Indah 1/20, Pandan Indah (sederet dengan KM Bistro). Insya Allah saya akan buat kopi, sediakan makanan dan menjadi sebahagian dari krew Fleximart dan Kesum pada hari itu. #RafiziRamli #ayuhmalaysia #fleximart #kesum #socialenterprise ♬ original sound – Rafizi



