Rafizi dedah 3 kemungkinan kandungan suntikan terhadap anaknya

LocalPolitics
14 Aug 2025 • 4:34 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan tiga kemungkinan kandungan suntikan yang diterima anak lelakinya ketika diserang dua lelaki di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, semalam.

Menurut Rafizi, suntikan itu berkemungkinan mengandungi dadah atau racun, virus seperti hepatitis atau HIV atau sekadar air kosong sahaja.

Katanya, tempoh 24 jam pertama selepas kejadian adalah fasa kritikal untuk ujian darah bagi menolak kemungkinan kandungan dadah atau racun, diikuti pemantauan berkala setiap enam minggu sehingga enam bulan bagi mengesan sebarang virus.

Baca juga:

Dakwaan cubaan tutup mulut

Rafizi turut mengaitkan serangan itu dengan pertemuannya bersama kumpulan pendedah maklumat (whistleblower) minggu lalu berhubung sebuah skandal. Beliau mendakwa ia mungkin bertujuan menutup mulutnya daripada terus mendedahkan isu berkenaan.

“Biasanya bila saya mula selidik satu skandal, saya akan gali dan gali. Saya rasa mesejnya ialah supaya saya diam dan jangan sentuh perkara tersebut,” katanya.

Mesej ugutan

Selepas insiden itu, isterinya turut menerima dua mesej ugutan berbunyi “Diam andai teruskan AIDS” bersama emoji picagari, masing-masing pada jam 1.12 pagi dan 11.02 pagi tadi. Rafizi menjangka ugutan terhadap keluarganya akan berterusan kerana beliau ‘tidak makan saman’.

Sidang media di Parlimen itu turut menyaksikan Rafizi mengalirkan air mata ketika mengenangkan nasib keluarganya, namun menegaskan mereka akan meneruskan kehidupan seperti biasa dan memberi ruang sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Sumber: Harian Metro