Rafizi, Nik Nazmi ambil alih Parti Bersama Malaysia

LocalPolitics
17 May 2026 • 3:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rafizi, Nik Nazmi ambil alih Parti Bersama Malaysia
Presiden Parti Bersama Malaysia (MU), Tan Gin Theam (kanan) menyerahkan sijil pendaftaran parti itu kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai platform baharu hala tuju politik bagi kedua-dua bekas menteri itu.

PETALING JAYA - Bekas Timblaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali Parti Bersama Malaysia (MU).

Penyerahan parti yang akan diterajui kedua-dua bekas menteri itu dilaksanakan pada majlis pengumuman hala tuju politik mereka pada Ahad.

Secara tidak langsung, simbolik tersebut telah menjawab persoalan sejak beberapa minggu lalu mengenai hala tuju politik Rafizi dan Nik Nazmi selepas 'disisihkan' PKR setahun lalu.

Sebagai rekod, MU merupakan sebuah parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam.

MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved