Rafizi & Nik Nazmi Ambil Alih Parti Bersama Malaysia, Umum Kosongkan Kerusi Parlimen Pandan Serta Setiawangsa

LocalPolitics
17 May 2026 • 3:28 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Rafizi & Nik Nazmi Ambil Alih Parti Bersama Malaysia, Umum Kosongkan Kerusi Parlimen Pandan Serta Setiawangsa

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini (17 Mei) membuat pengumuman bakal mengambil alih sebuah parti politik, Parti Bersama Malaysia.

Perkara itu diumumkan Rafizi dan Nik Nazmi sewaktu majlis Pengumuman Hala Tuju Politik Rafizi dan Nik Nazmi yang berlangsung di PJ Performing Arts Centre, 1 Utama, Petaling Jaya.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan teka teki orang ramai mengenai hala tuju Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa itu selepas mereka dilihat tidak sehaluan dan semakin disisihkan kerajaan khususnya PKR.

Simbolik penyerahan parti itu yang dilakukan oleh Presiden Parti Bersama, Tan Gin Theam turut dikongsikan secara langsung di media sosial.

Dengan ini Rafizi dan Nik Nazmi bakal bergandingan menerajui Parti BERSAMA.

Image from: Rafizi & Nik Nazmi Ambil Alih Parti Bersama Malaysia, Umum Kosongkan Kerusi Parlimen Pandan Serta Setiawangsa
Image from: Rafizi & Nik Nazmi Ambil Alih Parti Bersama Malaysia, Umum Kosongkan Kerusi Parlimen Pandan Serta Setiawangsa

Rafizi, Nik Nazmi akan kosongkan kerusi parlimen esok, umum keluar PKR

Rafizi dan Nik Nazmi turut mengumumkan bahawa mereka akan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa esok (18 Mei).

Difahamkan perkara itu akan dimaklumkan secara rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul juga pada esok hari.

Mereka juga mengumumkan keluar daripada PKR pada Selasa (19 Mei) untuk menyertai Parti Bersama Malaysia.

“Saya akan menulis secara rasmi kepada Setiausaha Agung PKR (Datuk Dr Fuziah Salleh) Selasa ini untuk memaklumkan perkara itu,” kata Rafizi dan Nik Nazmi.

Apa Itu Parti Bersama Malaysia?

Image from: Rafizi & Nik Nazmi Ambil Alih Parti Bersama Malaysia, Umum Kosongkan Kerusi Parlimen Pandan Serta Setiawangsa

Secara ringkasnya Parti Bersama Malaysia atau turut dikenali sebagai Malaysian United Party (Parti MU) adalah sebuah parti politik kecil yang berpangkalan di Pulau Pinang.

Parti ini telah ditubuhkan pada 2 Disember 2016.

Tan Gin Theam yang juga pengasas Parti Bersama Malaysia pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Parlimen Bukit Bendera dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih di Pulau Pinang namun tewas dan kehilangan deposit.

Selain Tan, MUP turut menghantar calon untuk bertanding pada PRU14 namun kesemua wakil mereka di lima (5) kawasan parlimen dan 20 DUN dalam Pulau Pinang telah tewas dan kehilangan deposit.