Rafizi, Nik Nazmi keluar parti PKR, kosong kerusi Parlimen: Saya tak follow lagi - Anwar

LocalPolitics
17 May 2026 • 6:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rafizi, Nik Nazmi keluar parti PKR, kosong kerusi Parlimen: Saya tak follow lagi - Anwar
Anwar hadir di Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Dewan Terbuka, Desa Mutiara Tebrau pada petang Ahad.
Image from: Rafizi, Nik Nazmi keluar parti PKR, kosong kerusi Parlimen: Saya tak follow lagi - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersalaman bersama penduduk setempat pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Dewan Terbuka PPR Taman Desa Mutiara, Tebrau pada Ahad. Foto Bernama.
Image from: Rafizi, Nik Nazmi keluar parti PKR, kosong kerusi Parlimen: Saya tak follow lagi - Anwar
Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Perhimpunan Hala Tuju Politik di PJ Perfoming Art Center hari ini.pada Ahad. Foto Bernama
Image from: Rafizi, Nik Nazmi keluar parti PKR, kosong kerusi Parlimen: Saya tak follow lagi - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Dewan Terbuka PPR Taman Desa Mutiara, Tebrau pada Ahad. Foto Bernama.
Image from: Rafizi, Nik Nazmi keluar parti PKR, kosong kerusi Parlimen: Saya tak follow lagi - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Dewan Terbuka PPR Taman Desa Mutiara, Tebrau pada Ahad. Foto Bernama.

JOHOR BAHRU - Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum bersedia memberikan sebarang maklum balas berhubung tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa.

Anwar ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Dewan Terbuka, Desa Mutiara Tebrau pada petang Ahad berkata, beliau belum mengikuti perkembangan perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN:  Rafizi, Nik Nazmi ambil alih Parti Bersama Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Projek 'kamikaze' cari platform politik baharu sejak setahun lalu - Rafizi

**media[3523810]**

“Saya tak follow lagi,” katanya ringkas pada majlis tersebut.

Terdahulu, Anwar menghadiri Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini.

Bekas Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR itu pada Ahad mengumumkan keluar daripada parti berkenaan sekali gus mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa Isnin.

**media[3523813]**

Pengumuman itu dibuat oleh kedua-dua bekas menteri berkenaan ketika Majlis Pengumuman Hala Tuju Politik berlangsung di Petaling Jaya, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan Rafizi, Nik Nazmi perlu diteliti dari aspek undang-undang - Anthony Loke

Rafizi berkata, surat pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Isnin, manakala pemakluman rasmi keluar parti kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh akan dibuat pada Selasa.

**media[3523811]**

Menurutnya, langkah itu bagi membolehkan tindakan tersebut tidak dilihat sebagai lompat parti kerana menghormati mandat yang dimenangi atas tiket PKR dan PH.

Pada sidang media sama, mereka turut mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali sebagai Parti Bersama Malaysia (MU).

**media[3523812]**

Untuk rekod, MU merupakan sebuah parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam.