Rafizi Pertahan Calon ‘Orang Biasa’, Mahu Wakil Rakyat Faham Realiti Hidup

LocalPolitics
29 Jun 2026 • 9:06 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Rafizi Pertahan Calon ‘Orang Biasa’, Mahu Wakil Rakyat Faham Realiti Hidup

Rafizi Pertahan Calon ‘Orang Biasa’, Mahu Wakil Rakyat Faham Realiti Hidup

Presiden Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan pemilihan calon daripada kalangan rakyat biasa tanpa latar belakang politik merupakan pendekatan yang disengajakan bagi membawa suara sebenar masyarakat ke pentas politik.

Menurut beliau, langkah itu diambil supaya wakil rakyat yang diketengahkan benar-benar memahami realiti kehidupan rakyat dan bukan sekadar bergantung kepada kebolehan berpidato.

“Memang saya mahu buat begitu. Saya mahu calon-calon ini bercakap tentang perkara yang dekat dengan kehidupan mereka sebab mereka orang biasa.

“Kita sudah melalui hampir 30 tahun politik yang dipenuhi oleh orang-orang yang petah bercakap.

“Mereka boleh meyakinkan kita tentang apa sahaja, tetapi kehidupan mereka jauh berbeza daripada rakyat biasa,” katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Trak Kancil di Taman Pelangi malam tadi di Facebooknya.

Katanya, rakyat perlu mula menilai seseorang pemimpin berdasarkan pengalaman hidup dan sejauh mana mereka memahami kesusahan masyarakat, bukan hanya melihat kepada kebolehan berucap.

Baca juga:

Menurut Rafizi, wakil rakyat yang hidup dalam keadaan sama seperti rakyat biasa lebih memahami cabaran sebenar yang dihadapi masyarakat kerana mereka sendiri pernah melaluinya.

Beliau berkata, calon Bersama juga diberikan kebebasan untuk bercakap secara terbuka tanpa bergantung kepada teks atau skrip.

“Memang ada orang hantar mesej kepada saya kata calon kita bercakap ikut suka hati mereka. Memang saya mahu begitu.

“Mereka bukan orang politik. Mereka bercakap daripada hati dan tidak pandai memutar belit cerita,” katanya.

Tambah beliau, landskap politik negara perlu dikembalikan kepada perbincangan yang lebih dekat dengan kehidupan rakyat seperti isu kos sara hidup, pendidikan, perumahan dan kesihatan.

“Yang kita perlukan ialah pentas politik yang membincangkan masalah harian rakyat.

“Kalau jadi pemimpin, memang kena dengar masalah rakyat. Kalau tidak mahu dengar, lebih baik letak jawatan,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved