Rafizi rancang podcast YBM bermula 8 Jan 2024

19 Dec 2023 • 5:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (gambar) merancang untuk memulakan proram bual bicara podcast ‘Yang Bakar Menteri (YBM)’ yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja bersemuka dengannya.

Siaran podcast YBM akan bermula pada 8 Jan 2024 setiap dua minggu.

“Saya telah merancang untuk memulakan podcast YBM (rasminya bermakna Yang Berhormat Menteri, tetapi podcast ini bermakna Yang Bakar Menteri),” katanya menerusi catatan di laman Facebook rasminya hari ini.

Rafizi berkata peluang bersemuka di podcast yang dirakam pada sebelah malam itu bertujuan memberi peluang kepada sesiapa sahaja bersemuka dengan beliau tanpa menggunakan peruntukan.

Ini kerana, katanya, kemunculan di televisyen menggunakan wang rakyat apabila melibatkan ‘air time’.

“Podcast YBM terbuka kepada sesiapa sahaja - ahli akademik, penyokong kerajaan, rakyat biasa dan terutamanya aktivis maya pembangkang.

“Selain dari mereka yang ingin tampil secara sukarela untuk peluang ‘membakar’ menteri, saya juga akan mencari aktivis-aktivis maya pembangkang yang banyak memainkan dakyah untuk tampil.

“Saya akan cari mereka, jemput dan beri peluang bersemuka. Mereka berpeluang membakar saya, saya juga berpeluang membakar mereka,” katanya.

Menurut Rafizi, budaya begini lebih baik dari budaya maki hamun dan pertikai perkara picisan seperti yang dibawa aktivis maya pembangkang sekarang. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved