Rafizi tegur jangan umum dulu kerusi nak ditandingi

Politics
7 Sep 2022 • 8:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar ciapan Twitter Rafizi, pada Rabu.

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menasihatkan parti pro Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mengumumkan kerusi bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Rafizi berkata, tindakan itu akan mewujudkan salah faham kerana parti di bawah gabungan PH harus fokus untuk berhadapan BN dan Perikatan Nasional (PN).

“Benda ni (kerusi hendak ditandingi ) kena bincang tertutup, bukan umum, nanti bising lagi,” katanya menerusi ciapan di Twitter, pada Rabu.

Rafizi mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Negeri Sembilan, Tarmizi Anuwar yang menamakan Parlimen Kuala Pilah sebagai antara kerusi akan ditandingi oleh parti pada PRU15.

Selain itu, Tarmizi mengumumkan Muda Negeri Sembilan akan menumpukan kepada kerusi-kerusi ditandingi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU14.

Pada Selasa, Muda sebulat suara bersetuju untuk menyertai PH sebagai salah satu parti komponen dalam gabungan itu.

Perkara itu diputuskan melalui Persidangan Pilihan Raya Muda berlangsung pada Isnin dan Selasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved