Rafizi tiba di Sogo sertai himpunan #TangkapAzamBaki

LocalPolitics
15 Feb 2026 • 4:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rafizi tiba di lokasi Himpunan dan Lawan: #TangkapAzamBaki di sekitar Kompleks Sogo kira-kira jam 4.30 petang.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli tiba di lokasi Himpunan dan Lawan: #TangkapAzamBaki di sekitar Kompleks Sogo di sini kira-kira jam 4.30 petang.

Ketibaan beliau disambut Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahari Hassan.

Kehadiran Ahli Parlimen terbabit menarik perhatian peserta yang mula memenuhi kawasan sekitar sejak awal petang.

Rafizi dilihat bersalaman dengan penyokong serta berbincang ringkas bersama rakan Ahli Parlimen sebelum sesi ucapan dijadualkan berlangsung.

Himpunan yang sebelum ini dijadualkan bermula jam 4 petang namun masih belum bermula itu diadakan bagi menyatakan pendirian berhubung isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Setakat ini, suasana di lokasi dilaporkan terkawal dengan kehadiran anggota polis bagi memantau keadaan.

Perkembangan lanjut termasuk ucapan Ahli Parlimen serta situasi semasa akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved