Ragam Adik-beradik Cuak Minta ‘Greenlight’ Dari Bapa Untuk Kurangkan Rakaat Tarawih Cuit Hati Ramai [Video]

LocalEntertainment
7 Mar 2025 • 4:51 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Umum mengetahui, banyak ganjaran pahala dijanjikan buat para Muslim yang menunaikan solat sunat tarawih sepanjang Ramadan. Lebih-lebih lagi jika anda menunaikan solat tersebut secara berjemaah.

Sesetengah surau atau masjid menunaikan solat tarawih sebanyak lapan rakaat. Tetapi ada juga yang bersungguh-sungguh dengan mengerjakan sehingga 20 rakaat, alhamdulillah.

Namun begitu, tidak perlu sampai memaksa diri. Buat sekadar termampu sahaja. Niat baik untuk membuat amal ibadah itu yang paling penting.

Adik-beradik Takut Nak Tanya Pada Si Ayah Untuk Dapat ‘Diskaun’ Solat Tarawih

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@itsmeaisyahariffin) apabila seorang wanita dikenali sebagai Aisyah berkongsi telatah ahli keluarganya ketika sedang menunaikan solat tarawih.

Menerusi video perkongsian, kelihatan mereka semua yang berada di ruang tamu sedang duduk di saf masing-masing sambil memikirkan untuk meneruskan rakaat seterusnya atau pun tidak.

Menurut Aisyah, mereka telah pun selesai menunaikan solat sunat tersebut sebanyak lapan rakaat. Tetapi keputusan untuk solat berapa rakaat terletak di tangan abahnya sama ada dapat ‘greenlight’ atau perlu solat sehingga rakaat ke-20.

Lebih menghiburkan adalah setiap adik-beradik dilihat takut untuk bertanya. Siap bagi signal mata suruh tanya pada ‘bos besar’.

Selepas seketika beri ‘side eye’ kepada masing-masing, salah seorang adik beradik Aisyah dipercayai si bongsu akhirnya memberanikan diri untuk bertanya kepada ayahnya.

“Kita (solat) witir terus ya abah?” tanya lelaki itu.

@itsmeaisyahariffin Pakat takut dgn Abah. teraweh 8 ka 20 pakat duk angkat keningg. Kalau morehhh lajuuu 😂 #12bersaudara #barkoba ♬ bunyi asal – HiSaMuDiN RoSnAn – eastsham_5557

Tonton video penuh [DI SINI].

Imam Tersenyih Lepas Dapat ‘Greenlight’

Seperti yang dihajatkan oleh mereka semua, si abah akhirnya mengangguk sebagai tanda bersetuju. Paling tak boleh tahan apabila si imam siap tersengih sambil melihat adik-beradik yang lain.

“Pakat takut dengan Abah. Tarawih lapan ke 20 (rakaat) pakat duk (asyik) angkat kening (dekat masing-masing). Kalau moreh laju,” seloroh Aisyah di ruangan kapsyen. 

image is not available
Sumber: TikTok (@itsmeaisyahariffin)

Ramai Cuit Hati Lihat Telatah Adik-beradik Mahu Terus Solat Witir

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat gelagat adik-beradik lelaki yang takut untuk bertanya dengan si bapa tentang berapa banyak lagi rakaat solat tarawih yang perlu dikerjakan.

“Biasanya bongsu lesen besar. Masa ni la kena guna,” seloroh seorang individu.

Malah, ramai juga yang terhibur melihat reaksi muka si imam yang tersengih selepas mendapat diskaun solat tarawih berkenaan.

“Comel je renungan makrifat bila abah setuju terus buat witir,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga memuji keluarga tersebut kerana bertanya dahulu kepada si abah sebagai tanda hormat.

“Mesti ayahnya seorang yang tegas dalam mendidik. Alhamdulillah anak-anak hormat ayah,” kata seorang pengguna TikTok.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok (@itsmeaisyahariffin)

Source: