Raghad Nafi Bawa Taib Keluar Hospital Tanpa Kebenaran

5 Feb 2024 • 8:44 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Itu tidak benar – Raghad Kurdi Taib

Raghad Nafi Dakwaan Bawa Taib Keluar Hospital Tanpa Kebenaran. Toh Puan Raghad Kurdi Taib telah menafikan laporan bahawa polis sedang menyiasat dakwaan bekas Yang di-Pertua Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud telah dibawa keluar dari sebuah hospital atas nasihat doktor.

Melalui perkongsian di laman Instagram Story, isteri kepada Abdul Taib berkata laporan tersebut adalah palsu sambil berkongsi gambar berkenaan laporan itu.

image is not available
Raghad Nafi Dakwaan Bawa Taib Keluar Hospital Tanpa Kebenaran. Sumber: laman X

“Itu tidak benar. Ini adalah buktinya,” tulisnya di laman InstaStory miliknya.

Raghad turut berkongsi satu laporan yang dikatakan dikeluarkan oleh doktor berkenaan.

Tular mengenai Abdul Taib dibawa keluar dari sebuah hospital

Sebelum ini, tular satu laporan polis yang mendakwa Abdul Taib telah dibawa keluar dari sebuah hospital swasta di Kuching pada hari Sabtu lepas oleh ahli keluarganya.

Menurut laporan media tempatan, laporan polis yang didakwa dibuat oleh seorang doktor hospital swasta tersebut telah tular di media sosial hari ini.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/polis-sahkan-taib-dikeluarkan-dari-icu

https://www.iloveborneo.my/raghad-taib-firma-guaman-baru-disaman-anak-tiri

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved