“Rahang Mama Patah Tapi Alhamdulillah Jenazah Sempurna” – Paling ‘Excited’ Masa Raya, Anak Kongsi Pesan Arwah Rahiza

24 Apr 2024 • 12:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

“Rahang mama patah tapi Alhamdulillah jenazah sempurna”, itulah apa yang dikongsikan anak sulung kepada Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter ATM semalam.

image is not available

 

Kongsi saat akhir bersama ibu

Nur Qistina Awliyah Mohd Azinor yang baru berusia 16 tahun itu turut berkongsi saat terakhir berjumpa dengan ibunya pada pagi sebelum pergi ke sekolah yang terletak di kuaters Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.

Kata Qistina, sejak kebelakangan ini ibunya memang sibuk dan kadang kala pulang ke rumah pada waktu malam namun arwah tidak pernah lupa untuk berpesan kepadanya untuk belajar rajin-rajin.

image is not available

Namun kata Qistina, dia tidak menyangka keterujaan ibunya menyambut Aidilfitri baru-baru ini merupakan petanda bahawa itu merupakan Syawal terakhirnya bersama keluarga.

Masa hari raya lepas, dialah yang paling teruja untuk tangkap gambar. Sampai ayah pun pelik. Lepas tu, mama cakap tak mengapalah mungkin ini akan jadi kenangan terakhir boleh simpan buat kenangan.

 

Kali pertama sertai program ini

Ujar pelajar Tingkatan Empat itu lagi, ini merupakan kali pertama ibunya menyertai program sempena Sambutan Hari TLD.

Anak sulung daripada empat beradik itu menambah, jenazah ibunya akan dikebumikan di Yan, Kedah. Allahyarham meninggalkan suami dan empat anak berusia antara enam hingga 16 tahun.

image is not available

image is not available 5 hours ago

Tragedi 2 Helikopter Bertembung Di Udara, TLDM Dedah 10 Wajah Mangsa Terkorban