Rahsia ‘air terjun darah’ Antartika terbongkar

Environment
5 Aug 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rahsia ‘air terjun darah’ Antartika terbongkar

WASHINGTON: Golongan saintis berjaya membongkar rahsia ngeri di sebalik fenomena terkenal ‘air terjun darah’ di Antartika yang mendedahkan bahawa lokasi berkenaan sebenarnya dihuni oleh keturunan makhluk laut purba yang masih hidup.

Air terjun berwarna merah darah yang mengerikan itu mengalir dari Gletser Taylor ke Tasik Bonney, sekian lama memikat perhatian para penyelidik disebabkan ia menyerupai darah.

Kini, sebuah kajian terbaharu mendedahkan bahawa air garam kaya zat besi yang keluar dari bawah permukaan ais itu menjadi habitat kepada komuniti mikroorganisma marin unik yang terperangkap di bawah glasier sejak ratusan ribu tahun lalu.

Mikroorganisma berkenaan merangkumi diatom marin, haptofit, dinoflagelat dan siliat iaitu organisma kerdil yang biasanya mendiami kawasan lautan.

Spesies ini merupakan keturunan daripada komuniti marin purba yang terasing apabila glasir bergerak ke hadapan sekali gus memutuskan perhubungan air laut yang terperangkap itu daripada lautan luas.

Penemuan itu menyediakan bukti biologi terkuat setakat ini bahawa air misteri itu asalnya berasal dari laut sebelum terkurung di bawah lapisan ais yang semakin tebal.

Menerusi laporan dalam jurnal Nature Geoscience, para penyelidik menyifatkan tapak berkenaan sebagai kawasan perlindungan marin yang jarang ditemui di gurun kutub.

“Dapatan ini menunjukkan bahawa sistem berpunca daripada air garam subgletser di Penghujung Glasier Taylor masih mengekalkan sifat-sifat biologi asal laut, walaupun telah lama terpisah secara fizikal daripada lautan,” tambah mereka.

Fenomena ‘air terjun darah’  memperoleh warnanya yang menakutkan daripada air masin kaya zat besi yang mengalami proses pengkaratan apabila terdedah kepada udara. Ia sekali gus menghasilkan kesan warna merah darah yang tersendiri di sepanjang glasir berkenaan.

Pasukan penyelidik telah menganalisis 167 sampel air, sedimen, ais dan udara yang dikumpul dari Lembah Kering McMurdo dan kawasan sekitar di Antartika. – AGENSI

The post Rahsia ‘air terjun darah’ Antartika terbongkar appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved