Rahsia Buat Air Gula Wangi & Sedap Macam Di Kenduri

FoodCooking
5 Mar 2026 • 4:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rahsia Buat Air Gula Wangi & Sedap Macam Di Kenduri

Aktiviti kenduri ataupun majlis keramaian biasanya sering disajikan dengan pelbagai jenis juadah dan minuman.

Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga kadangkala mampu mengeratkan hubungan silaturahim, merapatkan talian persaudaraan dan memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.

Biasanya, setiap kali majlis ini disambut, juadah utama berserta lauk-pauk dan minuman pasti akan dimasak dalam kuantiti yang banyak bagi mencukupi jumlah tetamu yang hadir.

Namun, sudah tentu cabaran utama untuk memasak dalam kuantiti yang banyak ini ialah mungkin akan membuatkan rasa yang dikehendaki tidak menepati citarasa.

Hal ini kerana, sekiranya memasak dalam kuantiti yang kecil, kita sudah tahu berapa sukatan untuk setiap bahan yang digunakan.

Sebagai contoh, bahan utama dalam menghasilkan minuman ialah air gula.

Air yang terlampau manis sudah tentu akan membuatkan sebahagian tetamu tidak menggemarinya.

Namun, sekiranya kurang jumlah gula juga mampu membuatkan minuman yang dibancuh tidak begitu sedap.

Oleh sebab itu, seorang pengguna di Facebook, Suhasnida Ismail ada berkongsi tip untuk menyediakan air gula ataupun ibu sirap kenduri.

Baca juga:

Jangan terus masukkan semua gula

"Dari kecik memang aku jenis suka duduk dapur. Kalau ada kenduri, orang lain sibuk sembang ,aku pulak kalut tolong orang tua masak. Seronok weh tengok diorang masak. Banyak betul ilmu boleh korek kalau rajin perhati.

"Satu hari ni, mak mertua aku share satu tip. Dia pun dapat ilmu tu dari kawan-kawan lama dia. Katanya, kalau nak buat air gula atau ibu sirap kenduri, jangan terus masukkan semua gula," kongsinya.

Menurutnya lagi, apa yang anda perlu buat ialah, ambil sedikit gula, kemudian goreng dulu atas kuali sehingga ia mencair dan menjadi karamel.

Tidak mengapa sekiranya ia tidak berubah menjadi perang atau coklat, cukup sekadar cair dan naik bau wangi.

Kemudian, baru masukkan baki gula yang lain, tambah air macam biasa. Akhir sekali letak daun pandan dengan bunga cengkih.

"Serius cakap, memang jadi lain! Bau dia wangi gila, aroma dia naik betul. Air gula tu rasa lagi sedap, lagi ada feel air kenduri orang lama-lama," ujarnya lagi.

Jadi, untuk anda di luar sana, boleh cuba la cara ini. Selamat mencuba!