Rahsia Mindset Unggul: Kunci Kejayaan Dalam Diri

Opinion
10 Jan 2024 • 11:30 AM MYT
Jannah
Jannah

Saya Jannah daripada Universiti Sains Islam Malaysia

image is not available
Foto: Harakahdaily

Pengenalan tentang konsep 'Mindset Unggul' sangat penting dalam konteks pencapaian kejayaan dalam kehidupan. Istilah "mindset unggul" yang merujuk kepada cara seseorang melihat, memahami, dan merespons terhadap halangan, kegagalan, dan peluang. Ia melibatkan cara berfikir yang menggalakkan ketabahan, ketekunan, dan optimis dalam menghadapi pelbagai keadaan atau situasi. Menurut seorang psikologi, Carol Dweck, kepercayaan anda memainkan peranan penting dalam apa yang anda inginkan dan sama ada anda akan mencapainya atau sebaliknya.

Kita lihat juga dalam konteks kehidupan Nabi Muhammad SAW, beliau menunjukkan contoh ketabahan dan ketekunan yang luar biasa dalam menghadapi rintangan untuk menyebarkan ajaran Islam. Oleh itu, mempunyai pemahaman yang mendalam tentang idea mindset unggul akan membantu membina sikap yang lebih proaktif dan positif untuk mencapai matlamat dan mengatasi halangan dalam kehidupan.

Dalam konsep Islam, hati adalah nadi atau pemain utama kepada tingkah laku seseorang individu yang turut membawa kepada minda dan perbuatan seseorang itu dapat memilih yang baik atau yang buruk. Tuntasnya, jika hatinya baik, maka baiklah kelakuannya. Mari lihat kepada cara kehidupan Nabi Muhammad SAW dan hayati bersama bagaimana tingkah laku dapat dibentuk daripada hati dan minda yang baik.

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW tidak pernah melakukan perbuatan keji atau mungkar yang bersalahan dengan ketetapan Ilahi. Seluruh tindakan baginda adalah wahyu yang wajib diimani. Nabi Muhammad SAW juga seorang pemimpin yang terulung dan mempunyai mindset yang jelas atas semua perkara termasuk dalam hal qati’ (ketatapan), zanni (kekaburan), dari segi politik, hal rakyatnya, perang, semuanya tersusun rapi peracangan dan penyelesaiannya. Kehidupan baginda turut mengilhami kita tentang aspek kepimpinan, kesabaran, ketabahan, yang menyokong konsep minda yang unggul. Seperti sepanjang 13 tahun Nabi Muhammad SAW di Mekah, baginda dan para pengikutnya diuji dengan penderitaan dan tentangan, namun beliau terus memberikan pesan yang penting dengan penuh kesabaran dalam meneruskan dakwahnya. Jadi disini dapat dilihat bahawa mindset yang cekal membawa kepada perbuatan hati yang komitmen terhadap tugasnya sebagai seorang Rasullullah SAW.

Image from: Rahsia Mindset Unggul: Kunci Kejayaan Dalam Diri
Foto: ThoughtCo

Kisah inspiratif lain yang mencerminkan mindset unggul boleh dilihat dari pengalaman Thomas Edison, seorang pereka dan usahawan yang terkenal dengan penemuan lampu pijar. Beliau mencatatkan lebih dari 1,000 percubaan yang gagal sebelum akhirnya mencapai kejayaan. Dalam setiap kegagalan, beliau mengambilnya sebagai pembelajaran kembali bagi menghadapi yang seterusnya menyatakan bahawa dia tidak gagal, setelah telah menemui 1,000 cara yang tidak berfungsi akhirnya beliau dapat keberhasilan terakhirnya iaitu inovasi lampu pijar yang merupakan hasil dari ketabahan, kesabaran, dan tekad yang kukuh. Dari sini memberi inspirasi kepada kita tentang bagaimana ketabahan, kesabaran, dan kesediaan untuk belajar dari kegagalan merupakan asas penting dalam membangunkan mindset yang sihat dan unggul.

Selain menghayati kisah-kisah yang menginspirasikan, amalan praktikal turut memberi pengaruh kepada pengembangan mindset yand sihat dan unggul. Antaranya adalah seperti, mindset “mindfulness” atau kesedaran diri yang merupakan salah satu strategi paling berkesan untuk mengubah sikap dan pemikiran yang membentuk mentaliti yang sihat. Latihan seperti meditasi, mengawal pernafasan, dan refleksi diri terbukti memberi kesan kepada struktur otak serta membantu mengurangkan tekanan.

Pendekatan positif yang menggalakkan kreativiti dan pemikiran yang optimis turut memberi impak yang positif dalam membentuk mentaliti yang kukuh. Dalam konteks ini, pendidikan kesedaran emosi dan pembangunan pemikiran positif memainkan peranan penting dalam pembinaan mentaliti yang cemerlang. Disamping itu, kita juga dapat mengetahui kelebihan kesedaran diri dan memberi tumpuan kepada perkara yang boleh diawal membolehkan seseorang mengendalikan tekanan dan mencapai ketenangan mental yang diperlukan bagi mencapai kejayaan.

Image from: Rahsia Mindset Unggul: Kunci Kejayaan Dalam Diri
Foto: Medium

Pengaruh kepada mindset yang positif sangat penting dalam pencapaian kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Seseorang individu yang mempunyai mentality atau mindset yang positif lebih cenderung menangani cabaran kehidupannya dengan lebih baik. Sikap yang optimis mendorong individu untuk mencari penyelesaian daripada hanya mengeluh tentang masalah tanpa tindakan. Sebagai contoh, individu yang mempunyai sikap positif lebih mudah menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja, dapat menampilkan kreativiti dan inovasi dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, mereka juga lebih tabah menghadapi tekanan dan kegagalan. Mereka menganggap kegagalan sebagai satu proses pembelajaran dan motivasi untuk terus berusaha. Semua ini secara langsung mempengaruhi pencapaian kejayaan dalam kerjaya, hubungan interpersonal serta kehidupan secara keseluruhan.

---- ‘Kejayaan sejati tidak hanya bergantung kepada pencapaian luaran, tetapi juga dari kekuatan mental dan rohani yang kita bina dari dalam.’

Konklusinya, kita menyedari bahawa pembentukan mentaliti yang sihat dan kuat merupakan kunci kepada pencapaian kejayaan dalam kehidupan. Melalui teladan Nabi Muhammad SAW, kita belajar tentang ketabahan dalam menghadapi ujian, kesabaran dalam mencapai matlamat, dan kemampuan untuk terus belajar dan memperbaiki diri. Begitu juga dengan kisah lain yang dapat memberikan semangat kepada kita dalam membentuk satu mindset yang cekal, berdaya saing, positif dan unggul. Semoga kita dapat membentuk diri menjadi individu yang lebih berdaya, sabar, dan penuh dengan semangat untuk mencapai kejayaan sejati dalam kehidupan kita.

Jannah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


Jannah adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.