Rai Syawal, rayakan kemenangan dengan hati bersih, saling bermaafan

Opinion
31 Mar 2025 • 3:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Setelah sebulan berpuasa, umat Islam merayakan kemenangan dengan hati yang bersih dan penuh kebahagiaan. Kebersamaan dengan keluarga, saling bermaafan juga mempererat tali persaudaraan. Kegembiraan dirai semua, khususnya rakyat Selangor termasuk barisan kepemimpinan Kerajaan Negeri yang diketuai Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari

image is not available
Semoga hari raya ini penuh dengan keceriaan, kebahagiaan dan rahmat buat semua. Berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat tiba ke destinasi masing-masing. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat negeri Selangor

Lau Weng San
Speaker Dewan Negeri Selangor

 

image is not available
Syawal menjelma, cahaya kemenangan bersinar megah. Dalam kemeriahan tradisi, kita raikan warisan, kenang pencapaian, dan eratkan perpaduan. Semoga Aidilfitri keberkatan dan kegembiraan berpanjangan

Ng Sze Han
EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti

 

image is not available
Sambutlah Syawal penuh rasa syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan dan berdoa agar nikmat dan rahmat berterusan daripada-Nya. Kepada warga Selangor dikasihi, saya mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri, maaf zahir batin

Dato’ Ir Izham Hashim
EXCO Infrastruktur & Pertanian

 

image is not available
Sempena Syawal ini marilah kita eratkan silaturrahim dan perhebatkan perpaduan nasional. Semoga Aidilfitri disambut penuh gembira bersama keluarga dan sahabat handai serta memperoleh lebih banyak berkat dan kebahagiaan kepada semua umat Islam di Selangor

Datuk Borhan Aman Shah
EXCO Perumahan & Kebudayaan

 

image is not available
Semoga hari yang penuh kebahagiaan dan keberkatan ini kita raikan bersama keluarga dan rakan taulan serta memperkukuhkan hubungan silaturrahim antara kita demi merealisasikan semangat kita Selangor maju bersama! Selamat Hari Raya Aidilfitri semua

Dato’ Ng Suee Lim
EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan

 

image is not available
Mari raikan kedatangan Syawal dengan penuh gembira dan keinsafan. Sesungguhnya Syawal adalah anugerah istimewa untuk hamba-Nya yang beriman dan taat. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam di Selangor dan seluruh rakyat Malaysia

Datuk Rizam Ismail
EXCO Kemajuan Desa & Perpaduan

 

image is not available
Semoga kita berkesempatan bertemu lagi bulan penuh berkat dan keampunan pada tahun hadapan. Diharap umat Islam berbahagia di samping menyambut kegembiraan bersama keluarga tersayang. Selamat Hari Raya Aidilfitri

Najwan Halimi
EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan

 

image is not available
Marilah kita bersama meraikan Syawal dengan penuh kesyukuran. Semoga Aidilfitri membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan. Dalam kegembiraan menyambut perayaan ini, jagalah kebersihan persekitaran serta kesihatan diri

Jamaliah Jamaluddin
EXCO Kesihatan Awam & Alam Sekitar

 

image is not available
Salam Aidilfitri, kita beruntung kerana terdapat pelbagai perayaan diraikan bersama dan ini akan memperkukuhkan silaturrahim dan perpaduan sesama kita sebagai rakyat Selangor berbilang kaum

Papparaidu Veraman
EXCO Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan

 

image is not available
Alhamdulillah, bulan madrasah tarbiyah penuh keberkatan dan keampunan melabuh tirainya. Semoga kita menjadi hamba lebih bertakwa dan amal soleh diterima disisi-Nya. Salam Aidilfitri buat warga Selangor

Dr Mohammad Fahmi Ngah
EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi

 

image is not available
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf zahir dan batin. Semoga Syawal membawa keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan buat kita semua. Moga Aidilfitri disambut penuh kesyukuran dan kembali mengeratkan silaturrahim

Anfaal Saari
EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat